Thursday, November 12, 2009

Strategi permainan Travian-Romans Guide

Travian merupakan salah satu online games yang mengambil masa yang panjang, iaitu lebih kurang 365 hari. Banyak masa yang dibazirkan setelah saya addicted kepada permainan ini. Saya lebih gemar menggunakan rom sebagai pilihan tribe berbanding teutons dan Gaul.

Kenapa Rom?


Unit ketenteraan dalam Rom adalah agak mahal dan penghasilannya adalah terlalu perlahan berbanding dengan Gaul dan Teutons. Mengapa saya memilih Rom sedangkan askar Teutons dan Gaul lebih cepat dan murah untuk dilatih?
Rom memiliki askar yang dipanggil Legions, Pengawal pertahanan(PP), Askar empayar(AE) bagi unit infantri dan Kesatria Empayar(KE)dan Kesatria General(KG) dalah unit berkuda yang tiada tandingan.

Oleh itu, walaupun unit Rom adalah agak mahal, kaum Gaul dan Teutons tidak mampu menyaingi

Pada permulaan permainan, pemain rom akan berasa sukar untuk membangunkan kampung mereka. Ini adalah kerana Rom akan sentiasa diserang oleh Teutons yang sememangnya pencuri yang ganas. Teutons akan sentiasa mencari peluang di awal permainan untuk memusnahkan askar rom. Seperti yang telah dijelaskan, askar Rom sangat mahal dan mengambil masa yang sangat lama untuk dilatih. Kebanyakkan pemain akan meninggalkan permaianan mereka pada waktu ini.

Tetapi apabila tiba di pertengahan dan penghujung permainan, Rom memiliki kuasa serangan dan pertahanan yang tinggi dan ini membuatkan pihak musuh berfikir dua kali sebelum melancarkan serangan. Strategi utama dalam blog ini membincangkan mengenai pembinaan ekonomi yang kuat dan melatih tentera dan perbelanjaan lain semasa pembangunan kampung dilakukan.

Principles

Secara jujurnya, permainan travian ini memerlukan kesabaran dan ketahanan mental yang tinggi. Tidak ramai pemain mampu menghabiskan permainan mereka yang terlalu lama lantaran komitmen yang tinggi dengan kehidupan sebenar.


Don't get into conflicts: Semasa di awal permainan, seboleh-bolehnya gunakan kebijaksanaan anda dalam menghadapi serangan dari pihak lawan. Gunakan diplomatik seboleh-bolehnya kerana pada ketika ini kedudukan anda masih belum kuat. Jangan react emotionally dan terbawa-bawa permainan ini kedunia luar kerana ini hanyalah satu permaianan sahaja.

Disini kita mungkin musuh tetapi diluar kita mungkin rakan serumah. Kadangkala, permaianan travian ini boleh menyebabkan anda berjumpa dengan sahabat yang baik dan siapa tahu, mungkin anda bertemu jodoh melalui alam travian ini seperti rakan saya.

Seboleh-bolehnya, elakkan dari terlibat dalam perseketuan dalam tempoh waktu ini melainkan ia adalah perseketuan yang anda telah terlibat dalam server yang lain. Ini adalah bagi mengelakkan anda di paksa memberikan sumber kepada rakan yang lebih besar sedangkan anda sendiri memerlukan sumber tersebut.

Guideline

Berdasarkan apa yang telah saya nyatakan, anda boleh la menumpukan pembinaan kampung anda berdasarkan formula berikut:

1. Perkara yang paling penting sekali ialah membina ladang bagi meningkatkan populasi anda.
Pada peringkat awal, jika anda memiliki 500 populasi, mereka yang memiliki 200 populasi jarang berani untuk menyerang anda.

2. Bina hanya bangunan yang termampu dipermulaan permainan.
3.Boleh membina bangunan yang boleh membantu anda membina dengan lebih cepat. naikkan level Bangunan Utama dan titik perhimpunan.
4. Bina sedikit askar pertahanan bagi tujuan pertahanan.;
5. Bina askar menyerang untuk mencuri hasil dari pemain yang tidak aktif dan tidak memiliki pertahanan.